Bahan-bahan :
*1 cawan tepung gandum
*1 sudu kecil baking powder
*1/2 sudu kecil soda bikarbonat
*1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
*2 sudu besar susu tepung
*1 1/4 cawan air sejuk (air sejuk dari peti ais)
*1 cawan gula perang
*1 sudu kecil esen vanilla
*1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
*secubit garam
*1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung ~ k.nor lebih suka guna melted butter
*1 sudu kecil cuka atau jus lemonCara:*Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar.*Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
*Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
*Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Bahan Lapisan Keju:*250g cream cheese*70g gula kastor*20g tepung gandum*1 biji telur saiz L*1 sudu teh jus lemon*25ml air
* 3 sudu besar blueberry filling (tak letak pun tak apa)--> oshin letak..nyum² sedappp
agak comot skit...tp xpe...rasanye mmg menjilat jari la... |
1.Panaskan air dalam periuk pengukus.
2.Adunan kek coklat dibahagi kepada 2 bahagian.
3.Ambil satu bahagian adunan kek coklat, tuang ke dalam loyang dan kukus
selama 15 minit.Angkat dan tekankan sikit dengan sudu supaya rata.
4.Kemudian pukul cream cheese,gula,tepung gandum,jus lemon dan air
sehingga berkrim.Tambahkan telur.Pukul rata.
5.Tuangkan adunan cream cheese ke dalam kek coklat kukus tadi.Ratakan.
6.Letakkan (dot2kan guna sudu kecil) blueberry filling dipermukaan adunan
cream cheese tadi.Kukus lagi selama 15 minit.
7.Kemudian tuangkan lagi baki adunan kek coklat tadi di atas lapisan cheese
dan kukus lagi selama 30 minit dengan api sederhana kuat.
pesanan:
*air kukusan hendaklah betul2 mendidih sebelum mengukus kek.
*balut tudung periuk dengan tuala/kain bersih agar kek tidak terkena wap.
*tiap lapisan kek dikukus dengan api sederhana sahaja.
p/s : makcik kata sedapp..leh wat bisnes nie..hahaha....
4 000 sayang oshin:
mcm best je...nk cube la..hehehe
@kucarkacir: cuba..jangan x cuba..hehe
best nya....meleh air liur den..hahaha..btw nice entry
@siti zulaikha jusoff: maceh dear :)
Catat Ulasan